Dewan Eja merupakan penyemak ejaan yang dapat berintegrasi dengan MS Office 2007 dan versi-versi sebelumnya. Ia dapat menyemak ejaan secara automatik dengan menggariskan kesilapan ejaan dan memberikan cadangan bagi pembetulan.
Kandungan yang kayaKandungan Dewan Eja berasaskan Kamus Dewan Edisi Keempat, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Ia merupakan kamus bahasa Melayu yang paling autoritatif.TesaurusFungsi tesaurus adalah berdasarkan Tesaurus Umum bahasa Melayu. Ia dapat memberikan makna sinonim bagi perkataan yang dicari.Logik penyemakan yang lebih majuTeknologi “Fractional Analysis” menyelesaikan banyak masalah imbuhan. Ia dapat memberi cadangan pembetulan yang tepat bagi penggunaan akhiran “kan” dan “i”.AutoBaikiAutoBaiki membetulkan secara automatik lebih daripada 1,000 jenis kesilapan ejaan yang lazim dijumpai. Misalnya, ia boleh membetulkan “keretapi” kepada “kereta api”, “usahasama” kepada “usaha sama” dan sebagainya.Buatan MalaysiaDewan Eja Pro dibangunkan oleh syarikat Malaysia. Ia merupakan usaha sama antara tnt dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Ia telah dilancarkan oleh Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak pada tahun 1997.
Sesuatu komponen Dewan Eja Pro |





