kpbanner_malay.jpg
kamusprologo.gifEnglish

Perisian kamus elektronik berintegrasi dengan ensiklopedia yang sentiasa tersedia. Dengan Teknologi "CheckAnywhere", serlahkan sahaja sepatah perkataan dengan tetikus, dan maksud perkataan itu akan dipaparkan dengan segera. Kamus elektronik berfungsi dalam semua perisian Windows. Jadi, apabila anda menjumpai perkataan-perkataan yang baru, sama ada dalam Internet Explorer, Microsoft Office atau perisian lain, anda hanya perlu serlahkannya untuk mempelajari perkataan baru tersebut.

checkanywherescreen_0.jpg

Kamus Dewan Edisi Keempat telah pun wujud sebagai sumber rujukan perdana bagi pengguna bahasa Melayu. Penghasilan versi elektronik Kamus Dewan Edisi Keempat ini bertujuan untuk merakamkan sebanyak mungkin perkataan-perkataan baru dan perkembangan makna baru seiring masa. Jumlah kandungan Kamus Dewan Edisi Keempat kini melebihi 49,000 entri, termasuk kata dasar dan kata terbitan. Kandungannya yang lengkap dan terkini pasti dapat membantu anda dalam mencari makna sesuatu perkataan. Dengan teknologi yang unik, anda hanya perlu menyerlahkan sebarang perkataan dalam aplikasi Windows dan maknanya akan dipaparkan. kamusdewanscreen200.jpg
Kamus Inggeris Melayu Dewan ialah hasil terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahasa sumbernya ialah bahasa Inggeris dan bahasa sasarannya pula merupakan bahasa Melayu. Kamus ini mengandungi lebih daripada 47,000 entri, termasuk kata dasar dan kata terbitan. Kewujudan versi elektronik kamus ini pasti menjadi rujukan utama kepada pengguna dalam mendapatkan makna atau takrif sesuatu perkataan dengan lengkap dan tuntas. Hanya serlahkan sebarang perkataan yang ingin anda carikan dalam aplikasi Windows dan maknanya akan dipaparkan dengan serta-merta. kamusbibmscreen200.jpg
Daftar Istilah DBP merangkumi istilah-istilah pelbagai bidang, termasuk teknologi maklumat, matematik, sains, perniagaan, akademik dan lain-lain lagi. Ia memberikan kemudahan kepada para pengguna untuk merujuk silang istilah-istilah yang dicarikan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Ia mengandungi lebih daripada 267,000 entri. Perisian ini memberikan manfaat kepada para pelajar dan orang ramai yang menceburkan diri dalam bidang-bidang yang berlainan. daftaristilahscreen200.jpg
Ensiklopedia Bahasa Inggeris Percuma
Mengandungi lebih daripada 35,000 topik ensiklopedia terpilih dari “Wikipedia, the free encyclopedia.”

encyclopediascreen.jpg

Muat turun versi percubaan

beli_sekarang.gif

Untuk fungsi penyemak ejaan, lihat komponen Dewan Eja.

Sesuatu komponen Dewan Eja Pro

Copyright © 2010 The Name Technology Sdn. Bhd. All rights reserved.