Dewan Bahasa dan Pustaka telah memperkenalkan Anugerah Citra Sahabat DBP pada tahun 2013. Anugerah ini merupakan pengiktirafan kepada pihak luar sama ada kepada tokoh, individu, kumpulan, persatuan, pertubuhan, agensi dan seumpamanya yang telah memainkan peranan yang penting dan berkesan dalam membantu DBP memartabatkan bahasa dan persuratan Melayu.

Tanggal 11 November 2014 yang lalu dalam Majlis Hari Inovasi DBP, syarikat kami, The Name Technology Sdn. Bhd. (tnt) telah dipilih untuk menerima Anugerah Citra Sahabat DBP bagi kategori sektor swasta. Majlis ini telah berlangsung di Auditorium DBP dan Anugerah tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Bin Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia.

Kami amat berbesar hati menerima pengiktirafan dan penghargaan yang telah diberikan oleh pihak DBP kepada kami. Semoga kerjasama antara DBP dan tnt dapat diteruskan demi memartabatkan bahasa dan persuratan Melayu.

Copyright © 2015 The Name Technology Sdn. Bhd. All rights reserved.