Pada 20-23 Oktober 2014 yang lepas, telah berlangsungnya satu persidangan iaitu International Conference on Asian Language Processing 2014 (IALP 2014) yang diadakan di Kuching, Sarawak. The Name Technology Sdn. Bhd. merupakan salah satu penaja yang menaja persidangan ini.

IALP merupakan satu siri persidangan yang memfokuskan pada Pemprosesan Bahasa Asia. Persidangan ini bertujuan untuk memajukan sains dan teknologi bagi semua aspek Pemprosesan Bahasa Asia dengan mengadakan forum untuk penyelidik dalam pelbagai bidang pengajian bahasa di seluruh dunia untuk berkumpul bersama dan membuat perbincangan.

IALP 2014 kali ini merupakan anjuran bersama Fakulti Sains Komputer dan Maklumat, Universiti Malaysia Sarawak; ISITI-CoERI, Universiti Malaysia Sarawak; IEEE Singapore Computer Chapter; dan Chinese and Oriental Languages Information Processing Society (COLIPS), Singapura.

Kami sentiasa menerajui teknologi pemprosesan bahasa untuk Bahasa Melayu. Kami berharap penajaan kami menjadi satu galakan kepada persidangan ini dan dapat menyumbang kepada pembangunan bidang ini secara tidak langsung.

Copyright © 2015 The Name Technology Sdn. Bhd. All rights reserved.