Perihal

Dewan Eja Pro merupakan Alat Pruf #1 untuk warga Malaysia, yang membantu anda menulis lebih cepat, belajar lebih pantas. Disokong secara rasmi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, ia membantu anda menulis bahasa Melayu dengan tepat dalam MS Office, bebas daripada kesalahan ejaan -- dan kini -- tatabahasa.

Menulis lebih tepat, lebih cepat dengan alat bantu terbaik

Yang pertama di dunia, memperkenalkan Penyemak Tatabahasa untuk bahasa Melayu, mampu mengenalpasti lebih 60 kesalahan tatabahasa umum.

Manakala Penyemak Ejaan dibangunkan khusus untuk bahasa Melayu, memberikan cadangan tepat dengan menganalisis sintaks bahasa Melayu, sebagai contoh imbuhan; imbuhan awalan dan akhiran.

Menyokong MS Office terkini, versi 2019.




Kamus pelbagai bahasa, rujuk-silang hanya di hujung jari

Dewan Eja Pro terdiri daripada pelbagai kamus DBP, termasuk Kamus Dewan, Kamus Inggeris Melayu Dewan dan Daftar Istilah, yang terdiri daripada 300,000 entri termasuk rujuk-silang terminologi Melayu-Inggeris, yang dikumpul daripada 200+ kamus.

Kamus Melayu-Cina mengandungi lebih daripada 30,000 entri. Menyokong semakan dua-hala bahasa Melayu dan Cina, dan rujukan Pinyin.






Kandungan Kamus Dewan Berstruktur


Kamus Dewan 4 mengandungi kandungan dan maklumat yang banyak dan pelbagai. Kini, kandungan ini lebih mudah diakses dalam format yang berstruktur.

Hasilnya, ia lebih mudah difahami, lebih mesra pengguna.






Ciri-ciri Lain

LiveDictionary new!

Semak ejaan anda dengan perkataan dan terminologi terkini yang telah dikumpul dan disahkan pada pelayan kami. Dewan Eja Pro memuat turun data terkini secara automatik di latar belakang.

CheckAnywhere

Bawakan kursor tetikus anda atas mana-mana perkataan dalam mana-mana aplikasi Windows untuk menyemaknya. Anda tidak lagi perlu klik, taip atau salin dan tampal.

Auto-correct

"Keretapi" atau "Kereta api"? "Samada" atau "Sama ada"? Teruskan menaip, dan Auto-correct akan membetulkan lebih daripada 2,000 kesilapan ejaan umum.

Antara Muka Terjemahan

Berintegrasi dengan perkhidmatan terjemahan atas talian, seperti Google Translate, Bing Translator dan LiveTranslate. Serlahkan perkataan atau perenggan dalam MS Word, ia akan diterjemahkan serta-merta.

Koleksi Templat

Dengan lebih 100 dokumen contoh, untuk anda memulakan sebarang jenis penulisan dengan segera.

Sebutan

Berintegrasi dengan Microsoft Speech untuk sebutan perkataan bahasa Inggeris dan Cina.

Berintegrasi dengan Windows 10 dan MS Office 2019

Cuba untuk 60 hari
atau
Beli Sekarang!