LiveTranslate ialah pusat perkhidmatan terjemahan sehenti yang memberikan khidmat penterjemahan profesional pada harga yang berpatutan untuk bahasa Inggeris <> Melayu <> Cina. Penulisan anda akan di terjemah dan disemak oleh para profesional – manusia, bukan mesin.

LiveTranslate diintegrasikan dengan Dewan Eja Pro 10. Anda boleh menghantar teks terus dari MS Word ke LiveTranslate dengan menggunakan reben Dewan Eja Pro 10.

  1. Klik bebutang LiveTranslate di dalam reben atau bar alat Dewan Eja Pro 10.
  2. Serlahkan teks yang anda ingin terjemahkan dalam dokumen anda.
  3. Serlahkan teks yang anda ingin terjemahkan.
  4. Klik “Hantar” untuk menghantar kandungan ke LiveTranslate. Satu tetingkap pelayar baru akan dibuka untuk membantu anda melalui proses yang seterusnya.