Dalam MS PowerPoint 2007, 2010, 2013, 2016 dan 2019, reben Dewan Eja Pro 10 berada dalam tab Add-Ins.

Semak Seluruh Persembahan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris

  1. Klik bebutang BM untuk semakan dalam bahasa Melayu dan klik bebutang EN untuk semakan dalam bahasa Inggeris. Kesilapan ejaan dalam akan digariskan dengan garis merah.
  2. Untuk mendapatkan cadangan pembetulan bagi perkataan yang digariskan, klik perkataan itu dengan bebutang kanan tetikus.

Semak Persembahan yang Panjang

Sekiranya teks terlalu panjang, penyemak ejaan standard boleh menyemak dengan lebih cepat kerana ia hanya berhenti pada perkataan yang salah.

  1. Klik bebutang BM.
  2. Klik tab Review > Spelling atau tekan bebutang “F7” pada papan kekunci.
  3. Kotak dialog penyemak ejaan standard akan dipaparkan apabila kesilapan ejaan dijumpai.