Menggunakan Kamus Elektronik

< All Topics

Mencari makna perkataan dengan Bar Gelintar Dewan Eja Pro 10

1. Taipkan perkataan dalam kotak kombo.

2. Klik pada bebutang Cari di sebelah kanan kotak kombo ATAU tekan kekunci “Enter” pada papan kekunci.
3. Hasil pencarian akan dipaparkan.

Mencari makna perkataan dengan CheckAnywhere

Cara 1 : Gunakan penyerlahan

Dalam aplikasi yang berkenaan:

  1. Serlahkan perkataan yang dikehendaki dan lepaskan bebutang tetikus.
  2. Setelah melepaskan bebutang tetikus, ikon Dewan Eja Pro akan wujud di sebelah kursor sebentar lagi.
  3. Klik pada ikon tersebut dan hasil pencarian akan dipaparkan.

Cara 2 : Gunakan penunjuk tetikus

Dalam aplikasi yang berkenaan:

  1. Bawakan kursor tetikus atas perkataan yang dikehendaki.
  2. Ikon Dewan Eja Pro akan wujud di sebelah kursor sebentar lagi.
  3. Klik pada ikon itu dan hasil pencarian akan dipaparkan.
<< Menggunakan Antara Muka Terjemahan Dalam MS Word
>> Menggunakan Koleksi Templat Dalam MS Word
Table of Contents