Antara Muka Terjemahan membenarkan anda mengakses laman web perkhidmatan terjemahan yang terkemuka untuk menterjemahkan dokumen anda. Anda perlu bersambung dengan Internet untuk menggunakan ciri ini.

- Klik bebutang Antara Muka Terjemahan di dalam reben atau bar alat Dewan Eja Pro 10.
- Antara Muka Terjemahan dibuka di dalam anak tetingkap tugas pada bahagian kanan MS Word.
- Serlahkan teks yang anda ingin terjemahkan.
- Teks tersebut akan dihantar secara automatik ke laman web perkhidmatan yang telah dipilih. Hasil terjemahan akan dipaparkan di dalam Antara Muka Terjemahan.
- Untuk memasukkan hasil terjemahan ke lokasi semasa kursor, klik “Tampal kandungan ke kursor“.
- Untuk memasukkan hasil terjemahan ke hujung dokumen, klik “Tampal kandungan ke hujung dokumen“.

Tip:
- Sekiranya anda tidak mahu menghantar teks ke perkhidmatan terjemahan secara automatik, buang tanda “Hantar teks secara automatik“.
- Kemudian, anda perlu klik “Hantar teks” untuk menghantar teks yang diserlahkan ke laman web perkhidmatan yang dipilih.
- Anda boleh menukar bahasa sumber dan sasaran dengan mengklik pada senarai juntai bawah “Bahasa“.
