AutoComplete
AutoPrediction
Berintegrasi dengan Pelayar
Terbaru
1. Autocomplete
Menaip Lebih Pantas
Semasa anda menaip dalam aplikasi MS Word, DewanEja 11 memantau perkataan anda dan melengkapkan perkataan anda serta-merta. Hanya tekan kekunci TAB untuk menyempurnakan perkataan anda.
2. AutoPrediction
Melengkapkan Frasa Sekelip Mata
Selepas menaip perkataan, DewanEja 11 meramalkan perkataan seterusnya untuk anda, berdasarkan ribuan frasa bahasa Melayu yang dianalisis berdasarkan data statistik. Sebagai contoh, taip "terima", dan "kasih" akan dicadangkan secara automatik. Hanya tekan kekunci TAB untuk mengaplikasikannya.
3. Berintegrasi dengan Pelayar
Chrome, Edge and FireFox
Berintegrasi dengan pelayar web yang membolehkan anda menyemak ejaan dan tatabahasa pada pelayar kegemaran anda seperti Gmail, WordPress, Facebook dan lain-lain.
4. Kaya Kosa Kata
Lebih daripada 24,000 kosa kata baharu
Diperkaya dengan kosa kata yang terbaharu, kini penyemak ejaan dapat mengenal pasti perkataan baru dan kontemporari.
Alat Pruf #1 yang Digemari Ribuan Pengguna
Koleksi Kamus yang Pelbagai
Menyediakan koleksi kamus yang lengkap, terdiri daripada Kamus Dewan, Kamus Inggeris Melayu Dewan, Kamus Cina Melayu dan banyak lagi. Sebutan suara untuk bahasa Inggeris dan Cina disertakan.
LiveDictionary.
Semak ejaan anda dengan perkataan dan terminologi terkini yang dikumpul dan disahkan di pelayan kami.
Kamus Peribahasa dan Simpulan Bahasa
Terdiri daripada ribuan entri yang dilesenkan secara sah oleh PTS.
Berintegrasi dengan aplikasi terkini Windows 11, MS Office, Chrome, Edge dan FireFox
Keperluan Sistem: Windows 10 dan terkini, Office 2016 dan terkini, pelayar Chrome, Edge atau Firefox terkini. 1.4GB saiz cakera keras.