DewanEja11

RM298.00

DewanEja11 kini menyediakan AutoComplete dan AutoPrediction yang membantu anda menaip dengan lebih pantas. DewanEja11 merupakan Alat Pruf #1 untuk rakyat Malaysia yang membantu anda menulis dengan lebih baik dan belajar dengan lebih cepat. Ia membantu anda menulis bahasa Melayu yang betul dalam MS Office dan pelayar web seperti Chrome dari segi ejaan dan — buat kali pertama — tatabahasa, dengan teknologi linguistik kami yang dipatenkan.

Kategori:

Penerangan

DewanEja11 merupakan Alat Pruf #1 untuk rakyat Malaysia yang membantu anda menulis dengan lebih baik dan belajar dengan lebih cepat. Ia membantu anda menulis bahasa Melayu yang betul dalam MS Office dan pelayar web seperti Chrome dari segi ejaan dan — buat kali pertama — tatabahasa, dengan teknologi linguistik kami yang dipatenkan.

Ciri

  • Bersepadu dengan MS Office Terkini. Menyemak ejaan dan tatabahasa dalam MS Word dan banyak lagi.
  • Baru!  Berintegrasi dengan Chrome, Edge and Firefox. Menyemak ejaan dan tatabahasa dalam pelayar web kegemaran anda.
  • Baru!  AutoComplete dan AutoPrediction dalam MS Word. Membantu anda menulis dengan lebih cepat.
  • Baru!  Kosa kata yang lebih banyak dengan lebih daripada 24,000 entri tambahan. Kini DewanEja11 mengenal pasti lebih banyak perkataan.
  • Tesaurus. Membantu memperkayakan penulisan anda.
  • Pembetulan Automatik."Keretapi" atau "Kereta api"? "Samada" atau "Sama ada"? Teruskan menaip. DewanEja11 membetulkan secara automatik lebih daripada 2,000 kesalahan ejaan umum semasa anda menaip.
  • Antara Muka Terjemahan.  Bersepadu dengan Terjemahan Google. Serlahkan perenggan di MS Word, dan lihat hasil terjemahan dengan serta-merta.
  • LiveDictionarySemak ejaan anda dengan perkataan dan terminologi terbaru yang dikumpul dan disahkan di pelayan kami. DewanEja11 mengakses data ini dengan memuat turun secara automatik daripada pelayan di belakang tabir.
  • Templat Dokumen.  Koleksi Templat menyediakan lebih daripada 100 templat dokumen untuk anda mulakan sebarang jenis penulisan dengan segera.
  • Sebutan.Berintegrasi dengan Microsoft Speech untuk penyebutan perkataan dalam bahasa English dan Cina.
Keperluan Sistem
  • Windows 10 dan 11
  • Office 2016 dan terkini
  • Chrome, Edge atau Firefox terkini
  • 1.4GB ruang cakera keras

Nota:  Untuk digunakan pada 1 peranti sahaja