Menggunakan Antara Muka Terjemahan DewanEja11 dalam MS Word

How Can We Help?
< All Topics

Antara Muka Terjemahan membenarkan anda mengakses laman web perkhidmatan terjemahan yang terkemuka untuk menterjemahkan dokumen anda. Anda perlu bersambung dengan Internet untuk menggunakan ciri ini.

  1. Klik bebutang Antara Muka Terjemahan di dalam reben atau bar alat DewanEja11.
  2. Antara Muka Terjemahan dibuka di dalam anak tetingkap tugas pada bahagian kanan MS Word.
  3. Serlahkan teks yang anda ingin terjemahkan.
  4. Teks tersebut akan dihantar secara automatik ke laman web perkhidmatan terjemahan. Hasil terjemahan akan dipaparkan di dalam Antara Muka Terjemahan.
  5. Untuk memasukkan hasil terjemahan ke lokasi semasa kursor, klik “Tampal kandungan ke kursor“.
  6. Untuk memasukkan hasil terjemahan ke hujung dokumen, klik “Tampal kandungan ke hujung dokumen“.

Tip:

  • Sekiranya anda tidak mahu menghantar teks ke perkhidmatan terjemahan secara automatik, buang tanda “Hantar teks secara automatik“.
  • Anda boleh menukar bahasa sumber dan sasaran dengan mengklik pada senarai juntai bawah “Bahasa“.

Table of Contents