Menggunakan Penyemak Tatabahasa DewanEja11 dalam MS Word

How Can We Help?
< All Topics

Sama seperti penyemak ejaan, penyemak tatabahasa berintegrasi dengan MS Word dan mengawasi penulisan anda. Bagaimanapun, ia mengawasi keseluruhan ayat dan bukan setiap perkataan. Ia akan menyemak sekiranya ayat anda mematuhi peraturan tatabahasa bahasa Melayu. Sekiranya ayat anda tidak mematuhi peraturan tersebut, penyemak tatabahasa akan mencadangkan kebarangkalian kesilapan.

Memandangkan bahasa mempunyai konteks yang berbeza-beza dan pelbagai, penyemak tatabahasa tidak mungkin dapat mengenal pasti 100% kesilapan dengan tepat. Misi utamanya ialah untuk menggariskan bahagian ayat yang mungkin mengandungi kesilapan tatabahasa dengan garis hijau atau biru, seterusnya mencadangkan sebab kesilapan tersebut. Anda sebagai penulis perlu membuat penilaian sama ada cadangan tersebut relevan atau tidak. Hasilnya, penyemakan menjadi lebih senang dan kebarangkalian untuk berlakunya kesilapan tatabahasa dapat dikurangkan.

Kesilapan Tatabahasa – Keterangan Ringkas atau Cadangan Pembetulan

  1. Pada perkataan yang digariskan, klik-kanan pada perkataan yang digariskan untuk mendapatkan keterangan ringkas kesilapan tatabahasa atau cadangan pembetulan.
  2. Jika cadangan pembetulan yang dipaparkan, klik pada perkataan yang dicadangkan. Pembetulan akan ditampal secara automatik.

Keterangan Lanjut Kesilapan Tatabahasa

Untuk keterangan lebih lanjut berkenaan kesilapan tatabahasa yang digariskan:

  1. Klik-kanan pada perkataan yang digariskan.
  2. Pilih “Grammar“.
  3. Kotak dialog penyemak standard akan dipaparkan di sebelah kanan, dan memaparkan kesilapan tatabahasa yang dijumpai.
  4. Klik pada “Keterangan Tatabahasa” untuk penjelasan lebih lanjut.

Table of Contents